Tersebut kisah di satu kampung yang damai, tinggal satu komuniti ternakan yang harmoni dan hidup saling bergantungan. Ada yang berkaki empat, kaki dua, berekor dan terbang, mereka dimiliki oleh seorang Raja yang penyayang. Kehidupan mereka sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan masing2, walau bagaimanapun masih sempat bertegur sapa.
Maka pada suatu masa, telah tercetus satu isu yang hangat dalam komuniti tersebut apabila Raja tersebut telah memutuskan untuk menghantar semua ternakan mengikuti latihan khas untuk menjadi ternakan2 yang bermutu........
Namun akibat semua ternakan telah mempunyai urusan masing2 yg telah dirancang, Raja itu terpaksa mencari waktu sesuai utk membawa kesemuanya.
Berpunca dari situ...beberapa ternakan yg tidak berpuas hati telah melakukan protes dengan cara meletakkan sepanduk2 dgn ayat2 'cinta' masing2 di sepanjang jalan. Ada yang lakukan secara bersemuka, tak kurang juga yang letak sembunyi2.
Di dalam suasana kalut itu, tiba-tiba satu ternakan iaitu Itik telah dengan penuh sengaja dan selamba...meletakkan satu sepanduk betul-betul pada pintu rumah Ayam Jantan.
Kejadian itu telah disedari oleh si Ayam, dan akibat hanya rumah si Ayam sahaja sepanduk itu diletakkan, maka menyebabkan si Ayam marah dan menegur si Itik, tetapi si Itik buat2 tak tahu je. Peristiwa itu turut sama sempat dilihat oleh beberapa jiran si Ayam...keadaan bertambah 'panas' apabila si Itik langsung tidak mahu mohon maaf dan berlagak seolah2 tiada apa yg berlaku.
Walaupun begitu, mungkin kerana sedar dah buat silap...si Itik terus membuang sepanduk itu tanpa memberitahu apa2 pada si Ayam. Ini menyebabkan si Ayam bertambah2 geram...lantas meletakkan sepanduk di jalan meminta si Itik meminta maaf. Rakan2 si Ayam tertanya2 apakah sebenarnya yg telah terjadi di antara Ayam dan Itik.
Tetapi sehingga saat kisah ini dibaca...si Itik dengan sifat keitikannya masih tidak mahu meminta maaf.
sekian.
PERSOALAN
1. Wajar atau tidak si Ayam menegur sikap si Itik dan memintanya mohon maaf?
2. Mengapakah si Itik tidak mahu meminta maaf dengan si Ayam sedangkan ia tahu telah membuat salah?
3. Pada pandangan anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh si Itik atau si Ayam.
cetusan peribadi penulis...
Muhamad Abdul Rahman Mohamed
0 comments:
Post a Comment