BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 12, 2010

JURNAL

ASAS MULTIMEDIA DAN APLIKASINYA DALAM PENDIDIKAN

16 comments:

norhafiza nardin (202090) said...

Komen :
Pada pandangan sy, penggunaan proses P&P berbantukan komputer (PBK) adalah sangat diperlukan pada zaman sekarang.Ini kerana sistem pendidikan di negara kita sedang mengalami proses perubahan yang pesat mengikut arus pemodenan semasa. Ianya adalah bersesuaian dengan kehendak zaman sekarang dan multimedia banyak memberi kemudahan kepada para guru dalam mengubah corak pengajaran terhadap pelajar. Ini kerana,ianya terbukti dapat menarik minat para pelajar supaya lebih berminat terhadap proses P&P. Secara umumnya saya sangat bersetuju dengan artikel ini,tetapi ianya terpulang kepada pihak yang lebih bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan ICT ke sekolah-sekolah supaya matlamat sebenar akan tercapai dan terlaksana.

cherahmah73 said...

Assalamualaikum us Man..come blog teeh...ajar k.su etek gak..dok pun tolong buat.he..he...

Noor Hazella Bt Mohd Nor 202084 said...

askm...

penggunaan komputer dl P&P sangat memberi kesan yang positif kepada pelajar. hal ini kerana, melalui penggunaan komputer dalam P&P guru dapat mempelbagaikan bentuk pengajaran supaya hasil pengajaran nanti mudah diterima oleh pelajar

seperti yang kita tahu bahawa pelajar umumnya, begitu obses dengan penggunaan komputer. hal ini terbukti semasa guru memberi tugasan untuk menyiapkan kerja khusus atau folio sebahagian pelajar akan bertanya kepada guru adakah mereka boleh menggunakan komputer.

memandangkan pelajar begitu berminat dalam penggunaan komputer, jadi guru mengambil peluang ini. secara tidak langsung dapat memantapkan lagi penggunaan komputer bagi diri guru khasnya dan pelajar umumnya.

aisya2010@gmail.com said...

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBBK) kian meluas diamalkan di institusi pendidikan dewasa ini.Pelbagai inisiatif dan insentif dilancarkan demi memupuk dan memantapkan kemahiran komputer untuk diadaptasikan di dalam p&p.PBBK telah terbuksi keberkesanan dan mendatangkan pelbagai impak positif kepada pelajar dan guru itu sendiri.
Menyedari peri pentingnya PBBK di dalam p & p di sekolah menengah agama khususnya,penyediaan tenaga (guru) terlatih perlu dititikberatkan demi menjamin keberkesanan p & p tersebut.Guru perlu lebih konfiden dalam merencana PBBK dan berusaha menambahkan ilmu dalam penggunaan teknologi terkini di samping menjadi pemudah cara dalam proses p & p tersebut.

malikiramli said...

Seperti yang kita sedia malklum, Allah amat mengasihani hambanya. Kewujudan kemudahan koputer merupakan satu daripada jutaan nikmat Allah yang tak terkira.Jesteru penggunaannya memang selari dengan perubahan zaman dan cukup berkesan dalam proses p&p.Memahami kecenderungan pelajar terhadap penggunaan ABM moden dapat menarik minat pelajar untuk menghayati sesuatu subjek yang dipelajari seterusnya menjadi satu sebab kecemerlangan pelajar dalam akedemik..

noor hasnani (202093) said...

Assalamualaikum...dewasa ini penggunaan kemudahan komputer dalam proses P&p merupakan satu perkara biasa.Boleh dikatakan seluruh pelusuk dunia para guru mula membuka mata mengenai kepentingan pengunaan komputer dalam pengajaran.
Sebagaimana kita tahu banyak maklumat-maklumat yang dimuatkan dalam laman web sebagai panduan para guru untuk menambahkan dan memantapkan lagi isi pembelajaran. Selain itu, penyampaian pengajaran berbantukan komputer dapat menarik minat pelajar dan suasana pengajaran dan pembelajaran juga dapat berjalan dengan lancar.Oleh yang demikian para guru digalakkan menggunakan ict dalam p&p.

SYAKIR 202173 said...

ALHAMDULILLAH....komputer adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia..tetapi kita harus ingat ia adalah setitik dari selaut ilmu Allah yang dikurniakan kepada manusia,selagi mana ia dinamakan makhluk,ia pasti ada kelebihan dan kekurangan.Begitu juga penggunaan ict dalam p&p,pasti ada kebaikan dan pasti ada keburukan.Oleh itu gunakanlah ia ke arah sesuatu yang diredhai Tuhan.

Akmanizam bin Mat Jusoh @ Abdullah said...

Penggunaan komputer dalam Pnp sangat bagus. Tapi yang tak bagusnya ialah kita kurang mahir dengan komputer. Bak kata pepatah Arab:

عبقرية الكمبيوتر مرهونة بصاحبه

Maksud: Kehebatan komputer bergantung kepada pemiliknya

Jadi, sama-samalah kita mempelajari komputer dan sebaik-baik cara mempelajari komputer ialah dengan selalu menggunakannya.

wahida ruqayyah mohamad said...

salam...
penggunaan multidea dalam p&p adalah satu kaedah yang berkesan dalam pendidikan di era globalisasi ini. Lebih banyak kebaikan daripada keburukan yang kita dapati. Untuk membentuk modal insan yang berkualiti dan maju serta berdaya saing, pelajar haruslah mempunyai motivasi untuk memahirkan diri dalam bidang ICT. Maka, guru sebagai pendidik harus menanam sikap yang positif terhadap pelajar dalam menggunakan ICT.

ibnu umar said...

penggunaan komputer & teknologi ict masa kini amat releven,sama ada dalam bidang pendidikan,
perniagaan,perhubungan dan lain-lain.
umat islam sewajarnya menguasai kemajuan ini,agar tidak ketinggalan dengan umat lain."teknologi tidak pernah bersalah,tetapi manusialah yang menyalahgunakan teknologi".

asima said...

assalamualaikum
macam mana nak ulas ni. url dah broken. tak boleh tengok isi kandungan artikel.

Mohd efendy Bin Hj.Daud said...

Assalamualaikum...penggunaan komputer dalam P&p merupakan satu perkara biasa.Para guru mula membuka mata mengenai kepentingan pengunaan komputer dalam pengajaran.
Banyak maklumat-maklumat yang dimuatkan dalam laman web sebagai panduan para guru untuk menambahkan dan memantapkan lagi isi pembelajaran. Selain itu, penyampaian pengajaran berbantukan komputer dapat menarik minat pelajar dan suasana pengajaran dan pembelajaran juga dapat berjalan dengan lancar.Para guru digalakkan menggunakan ict dalam p&p.

Salam Ukhuwwah... said...

Assalamualaikum...

Pada pandangan saya, Multimedia dan internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di IPT. Ia membuka dimensi baru sebagai sumber rujukan, mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah dan pembelajaran atau pencarian maklumat lama iaitu penggunaan perpustakaan.

hawani said...

salam...
penggunaan multidea dalam p&p adalah satu kaedah yang berkesan dalam pendidikan di era globalisasi ini. Lebih banyak kebaikan daripada keburukan yang kita dapati. Untuk membentuk modal insan yang berkualiti dan maju serta berdaya saing, pelajar haruslah mempunyai motivasi untuk memahirkan diri dalam bidang ICT. Maka, guru sebagai pendidik harus menanam sikap yang positif terhadap pelajar dalam menggunakan ICT.

Normadati Mat Kail said...

Pada pendapat saya :

Dewasa ini, kemajuan teknologi maklumat dan multimedia amat dititikberatkan di negara kita
hingga kerajaan sendiri menggalakkan setiap keluarga di sebuah rumah memiliki komputer
sendiri dengan slogannya "satu rumah satu komputer". Melihat kepada perkembangan dunia
hari ini yang amat pesat dengan informasi dan maklumat yang boleh didapati hanya dengan
menekan butang di kekunci komputer, kita dapat melayari ke serata dunia untuk memperolehi
maklumat.

Justeru itu, saya bersetuju dengan artikal ini kerana pembelajaran berbantukan komputer memainkan peranan yang besar dalam proses kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

Rafiyatu Hadawiyah said...

Dunia dah berubah.. zaman dah maju.. ni ayat iklan kat tv. memang bertepatan sangat2 dengan perkembangan yang berlaku di dunia tanpa sempadan kini.. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBBK) amat perlu dipraktikkan di dalam bilik darjah. Hal ini bukan sahaja dapat melancarkan pengurusan bilik darjah, malah dapat mengubah paradigma para pelajar seterusnya melahirkan pelajar yang proaktif. Bukan sahaja pembelajaran sains dan matematik yang sesuai menggunakan komputer malah subjek-subjek lain juga boleh mengaplikasikan penggunaan kompoter ini. Oleh itu, para guru terlebih dahulu perlu memahirkan diri dengan penggunaan komputer agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lancar dan berkesan.